22.12.11 - F R I E N D S H I P




A memory last forever , T R U E friendship never end 
Boys come and go , but F R I E N D S are forever 

Tu laa ungkapan yang selalu aku genggam bila aku bersahabat dengan seseorang . Tak kira laki mahupun perempuan . 
Okeyy ! Now aku nakk bagi sikit tips dalam membina persahabatan yang kekal .

Kejujuran mencerminkan kehormatan diri . Orang yang jujur , sangat layak dihormati oleh orang lain . Beranilah mengatakan kebenaran , bersikaplah tulus dan jangan suka bersembunyi di balik rasa aman dengan cara berbohong .

Ketika kita bersikap terbuka , orang lain akan terdorong untuk bersikap terbuka juga . Kalau sudah ada keterbukaan , komunikasi akan menjadi lebih lancar . Selain itu , hubungan akan lebih intim dan konflik juga boleh diselesaikan dengan begitu mudah . Sebaliknya , sikap tertutup membuatkan orang segan untuk bersahabat dengan kita kerana timbul rasa tidak selesa dan membosankan .

Jangan memandang kesalahan yang dibuatnya . Ini adalah suatu cara untuk menunjukkan betapa kita peduli terhadap dia . Jangan tinggalkan sahabat kita saat dia berbuat kesalahan . Bersabarlah dan tuntunlah dia untuk berubah . Sedarilah bahawa tiada manusia yang sempurna .

Selalu menghargainya . Ingatlah selalu bahawa harga diri adalah harta paling berharga yang kita miliki . Lihatlah sifat positif yang dimilikinya , agar kita tidak terganggu oleh kelemahan kelemahannya . Hindarilah sikap kebiasaan suka membantah , mengkritik apalagi menghina dan mengencam . Kalau kita tidak setuju , selesaikanlah dengan cara yang bijak . 

Bersedia untuk memaafkan . Jangan biarkan luka berkembang menjadi kepahitan kerana ia nya akan menghancurkan persahabatan yang ada . Maafkan kesalahan yang diperbuat oleh sahabat kita dan jangan biarkan luka itu merosakkan hubungan persahabatan kita .

Fikirlah apa yang dapat kita berikan kepada sahabat . Bukan apa yang akan bakal kita perolehi dari persahabatan . Jangan bersahabat hanya demi memperoleh kesenanagan , kerana jika demikian , kita bukanlah sahabat yang sejati . Hargailah sahabat kita seperti kita ingin dihargai .

Jadilah sahabat yang suka menepati janji apabila kita ucapakan . Elakkan menjadi 'mulu tempayan' . Belajarlah menjaga rahsia sahabat kita dengan sebaik baiknya .

Dan ini yang paling penting bagi sesiapa yang mempunyai sahabat yang 'lawan jenis'(lelaki/perempuan) . Jangan sampai jatuh c i n t a dengan sahabat kita sendiri . Sangat berbahaya ! Seboleh bolehnya cubalah elakkan dari terjadi .















21.12.11 - Meaning Of F***



What's the meaning of 'F***' ?
Why budak budak sekarang suke sangatt tunjuk simbol tu ? What of benifit ? takk paham aku . So , aku pon try la google meaning's of 'F***' nii .
Actually , 'F***' dalam perkataan inggeris yang secara amnya dianggap sesuatu yang tak senonoh sebenarnya . Pengertian secara literal , merujuk kepada perbuatan bersetubuh . yakss ! Selain tu jugakk , it may be used to negatively characterize like ; menghina , najis atau sebagainya .

But , 'F***' jugakk boleh digunakan sebagai kata kerja , kata sifat , kata seru dan kata nama . wow ! This due , mempunyai pelbagai makna metafora . cayalah ! Takk sangka aku . However , 'F***' nii secara lazimnya , tetap dianggap sesuatu yang kasar .

Ape yang aku nak story kat sini sebenarnya , ramai sangatt gurl kat luar sana yang suke tunjuk 'benda alahh nii' .  Yang bertudung pon ade jugakk . Bagi aku , tak manis kalau kita orang perempuan nii buat benda benda gitu . Tapi takk bermakna yang lelaki disarankan . no no no ! Sama je . Tak manis okeyy !
Dan ada jugakk yang tunjuk simbol nii disebabkan , mereka akan berasa lebih nampak ganas dan berkuasa . hello ! Allah S.W.T lagi berkuasa dow ! Ingat tuu .

So , dah dah laa tunjuk simbol tu . Takk dapat pahala lebih pon . So , STOP to doing that .

19.12.11 - Sweet Memory even OLD

Hari ni ahad bersamaan 18 Disember 2011 . Hampir sangatt da kan kite ni dengan new year (2012) . Tak sabarr rase nye nak buka dan tetapkan lembaran baru dalam hidup ni .  Ye laa , orang kate yang baik tu kita jadikan tauladan , buruk pulak kita jadikan ia sempadan kann . Tapi ingat tau setiap yang berlaku tu ade hikmahnya . Jangan kita nakk salahkan sape sape pulak . (tibe tibe) Huhu .






Apa ke hal nya ngan logo tu ?? 
urmmm , dah seratus tujuh puluh satu a.k.a 171 hari aku bawak balik kenangan dari Merang Suria Holiday Camp ke rumah . Haa ?! Kem ape tu ? Meh sini aku story mory sikit kat readers . 
urmmm , pada 15 Mei 2011 , aku start jadi Wirawati Harapan Negara tauu . Hampir 3 bulan lebih jugak laa aku di kuarantin di Kem PLKN Merang Suria Holiday dekat daerah Setiu , Terengganu nun . Banyak sangatt kenangan pahit manis yang terlakar kat sana . 


So , aku nak rungkai kan sikit yew pasal PLKN ni . Bolehh kann ? Kalau tak nak dengar tak pe , readers boleh tekan butang X tu k . Huhu . 
urmmm , berbalik pada topik kita . Firstly ,  masa surat kelayakan sampai je kat rumah aku kann , ayat pertama yang keluar , ' kenapa najib pilih aku ?? Apa dosa aku sampai nak dera aku macam ni ? '  HAHA . Kolot kann pemikiran aku . 
urmmm , why aku hightlight 'dera' ? The reason are , PLKN ni sebenarnya bukan tempat nak mendera atau mengerah tenaga  anak orang tapi satu program yang membina sahsiah diri bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotisme di kalangan remaja sekarang . Selain tu jugakk PLKN ni sebenarnya ,  memupuk perpaduan kaum serta intergrasi nasional dan sekali gus membentuk perwatakan yang positif menerusi nilai nilai murni . Baguss kann ^.^  .

Masa aku dekat PLKN dulu ,  banyak somethings new yang aku belajar . Like friends , hal hal negara (bukan pasal politik) , ikhtiar hidup , pandu arah , tentang senjata api ponn ade belajar jugakk tauu . Tapi bukan tu je . Banyak lagi pengisian yang ada dekat PLKN tu . Tak nakk laa list semua . Kan macam novel pulak blog aku . Huhu . Tapi kalau readers nakk tau lebih banyak lagi , boleh laa refer  dekat blog nii http://cikguseri73.tripod.com . 
Tapi kebaikan PLKN ni sebenarnya terletak kepada modulnya yang menekankan kepada 3 jenis latihan iaitu :  



 ==> 20% latihan asas ketenteraan <==


==> 40% elemen Kenegaraan/Pembentukan watak  <==



==> 40% lagi terletak pada elemen Khidmat Masyarakat  <==


So , to PLKN candidates  tu jangan laa pikir negatif je , pikir laa positif jugakk k . Kata orang , tak kenal maka tak cinta kann . Pegi dulu laa .
Macam aku , mula mula sampai kem menangis bagai macam mati laki je . Huhu . Tapi bila dah duduk lame lame and kenal semua orang , masa tu laa baru terasa nikmatnya duduk kat PLKN tuu . Sebab ape , PLKN ni  sebenarnya diadakan dalam suasana yang cukup ceria dan lebih bersifat riadah .

Aku bercakap nii bukannya nak sokong najib ke ape . Hehe . Tak sokong mana mana ponn .  Tapi aku bersuara nii sebab aku dah ade pengalaman . Banyak ilmu yang kita dapat . Tak lupa juga kawan kawan dari pelbagai bangsa dan negeri ^.^  .

==> Dekat bawah nii ade laa sikit aku snap pic sebelum balik . Nak buat kenangan kann . Jengok jengok laa .



Jurulatih PLKN Merang Suria Holiday Camp 

Majlis Perasmian Penutup PLKN
Belakang :  Aina  , Mieja , Ada .
Depan  : Ieydaa , Amalina , Ika .

Ika , Ieydaa , Amalina , Pura , Akim 


Dalam pakaian kelas . 
Wira kat belakang tu kena hukum . 
So , terpaksa laa pakai FULL Loreng ^.^


Semasa Latihan Fizikal : Flying Fox 


A Memory Lasts Forever , Never does it die .
True F R I E N D S stay together and Dont you tell me goodbye 
 Amalina , Yue , Tyra , Ieydaa , Ika

Die kakak saya . Walaupun same age .
Made in Kelantan ^.^


Ieydaa , Amalina , Ika , Imah ,Qilah .
 Yue , Tyra 

Twins ? ^.^
Saya adik die .



























16.12.11 - Missing You

Awak , awak ..

Awak ingat tak mula mula kita kenal macam mana ? huhu ^_^ .
Kita rase lucu sangatt . Mula mula awak add kita jadi kawan awak dekat muka buku . Lepas tu kita pulak gi tag gambar awak tengah tido . Lucu kan gambar tu ^_^ . Then start la komen mengomen satu sama lain . Pas tu , tiba tiba awak send mesej . Terkejut kita . Ye la , tak tau la pulak yang awak ni sudi sembang sembang pulak dengan kita ni . So start dari hari tu kita mula kenal kan . Sampai ke keluarga awak kita kenal  huhu ^_^ .

Macam macam kita tanya awak . Tapi satu soalan ni memang buat kita tak berapa nak lena tido .
 ' kalau saya suka awak , awak suka tak kat saya ? ' Tak malu kan kita .
Tapi bila sampai je reply mesej dari awak , pas tu awak pulak jawab 'suka sangat' .
Ya Allah , darah kita masa tu kan awak mengalir laju sangatt sangatt . Rasa nak pengsan pon ade .
Gedik giler kan kita . Tapi biar la ape pon orang nak cakap memang kita macam ni .

Sampai laa satu saat kita rapat sangat kan . Bahagia tak terkira rasanya .
Tapi sampai satu saatnya lagi , masing masing bawak haluan sendiri . Kita ke timur awak ke barat . Masing masing terpisah .



 Hari hari kita tunggu awak online then send mesej . Tapi awak tak online jugak . Kita ternanti nanti , awak . Kita nak mesra mesra dengan awak macam dulu dulu . Cousin awak pon pelik . Dah lama sangatt awak tak online .
Awak sakit ke ?? Kalau sakit cakap laa . Tak de laa kita tertanya tanya .

But however awak diam skali pon kita akan tetap tungguu awak . Sampai awak cakap hal yang sebenarnyaa   :'(