31.1.12 - L.O.V.E




Awak...
Kenapa kita tutup mata saat kita tidur ? saat kita menangis ? saat kita membayangkan ?
Itu kerana hal yang terindah di dunia ini TIDAK TERLIHAT .
Awak...
Ketika kita menemukan seseorang yang keunikannya sejalan dengan kita lalu bergabung dengannya dan jatuh ke dalam satu keanehan serupa yang dinamakan CINTA .
Awak...
KEBAHAGIAAN ada untuk mereka yang MENANGIS , mereka yang TERSAKITI , mereka yang MENCARI dan mereka yang telah MENCUBA . Kerana merekalah yang bisa menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka .
Awak...
Cinta yang AGUNG adalah ketika kita menitiskan air mata dan masih peduli terhadapnya . Adalah ketika dia tidak mempedulikan kita dan kita masih menunggunya dengan setia . Adalah ketika dia mula mencintai orang lain dan kita masih bisa tersenyum dan berkata  "AKU TURUT BAHAGIA UNTUKMU"
Awak...
Ingatlah bahawa kita mungkin menemukan cinta dan kehilangannya , tapi ketika cinta itu MATI , kita tidak perlu mati BERSAMANYA !
Awak...
Ampunkan saya jika masih luka di jiwa belum pulih . Apa yang berlaku pada awak detik yang lalu , kini berlaku pada saya . Yes KARMA !

27.1.12 - Cigarettes


Hi , Assalamualaikum semua !


Okeyy ! aku mengaku yang si Fazura ni lawa . HEhe . peace (V)
Forget about this ! Then , bace bawah 

|
v


Rokok ? Apa itu rokok ?
Okey ! Let me tell the true meaning of cigarettes
Rokok adalah tembakau yang dibalut dengan menggunakan kertas mahupun daripada pelbagai jenis daun . Berukuran antara 70mm hingga 120mm dengan diameternya 10mm (ukuran di setiap negara berbeza beza) .
Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan hangat membara supaya asapnya dapat disedut melalui mulut pada hujungnya .

Kesan merokok dari segi kesihatan , alam sekitar , sosial dan ekonomi 

Kesihatan
Ade dua kesan buruk merokok terhadap kesihatan iaitu kesan jangka panjang dan jangka pendek .
Asap rokok yang disedut oleh perokok tak pun orang sekelilingnya , akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong dan terus ke paru paru . Hal ni boleh menyebabkan kerosakan tisu . Selain tu boleh menyebabkan daya pendengaran dan penglihatan terganggu kerana telah mengurangkan kadar pengaliran darah dalam tubuh badan tu . Perokok jugak mempunyai nafas yang berbau dan gigi menjadi kuning . Penghisap rokok tegar mudah menghidap penyakit yang kronik seperti jangkitan pada paru paru , jantung , strok dan sebagainya .

Sosial 
Pertubuhan Kesihatan Sedunia berpendapat yang merokok ni menyebabkan kita menjadi ketagih . Merokok jugak secara tak langsungnya menyebabkan someone tu terlibat dengan najis dadah . Kaji selidik yang dilakukan oleh Global Youth Survey mendapati 20% daripada pelajar 13 years hingga 18 years old adalah perokok , manakala remaja bawah 18 tahun yang merokok jugak meningkat sehingga 20% . (giler arh !)
Diusia remaja ni la merupakan satu fasa bagi remaja ni nak cari identiti tersendiri . Sebab tu mereka mudah sangat terpengaruh dengan benda benda yang tak de faedah ni mainly daripada rakan rakan . Selain tu , bukan sebab rakan je , ibu bapa jugak salah satu puncanya . Ibu bapa yang merokok jugak akan lebih menggalakkan anak anak untuk cuba rokok . Anak anak akan mudah terikut dengan apa yang dilakukan oleh ibu bapa dieorang tu sendiri . 

Alam Sekitar
Asap rokok ni jugak boleh menyebabkan udara menjadi kotor ye ! So , bukan hanya perokok yang dapat keburukan tapi orang sekeliling pun turut rasa sukar nak dapatkan udara yang bersih lagi segar .  Selain tu , puntung rokok yang dibuang merata rata jugak boleh mencemarkan alam sekitar seperti mengakibatkan longkang tersumbat seterusnya boleh menyebabkan pembiakan nyamuk aedes . Lagi mudah laa kita dapat demam denggi .  Selain tu , rokok jugak menyumbang sebanyak 25% kepada kes kebakaran . Contohnya , perokok ni buang puntung rokok yang hangat membara tu merata rata tempat . Kebakaran menyebabkan kandungan karbon dioksida meningkat dan penghuni kat bumi ni akan merasai kekurangan oksigen untuk bernafas . Selain tu , boleh menyebabkan suhu bumi meningkat .

Ekonomi
Merokok boleh membawa kearah pembaziran . Wang yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan telah di salah gunakan . Sepatutnya duit tu perlu dilaburkan kepada perkara yang lebih bermanfaat seperti pelajaran , makanan , membaik taraf hidup dan lain lain . Dengan ini , dapatlah kita lihat bahawa merokok merupakan satu pembaziran harta (baca ikut nada PM Najib kita . HEhe :D ) . Merokok jugak boleh menyebabkan someone tu mudah hilang fokus . Nak nak bagi mereka yang ketagih . Secara tak langsung jugak , akan menyebabkan produktiviti sesebuah syarikat serta boleh melemahkan taraf ekonomi negara .


Lawak tapi mendalam maksudnya 
p/s : berhentilah merokok 
|
V



26.1.12 - Chinese New Year

Hi , assalamualaikum to all readers !
sihat takk ? da makan ? (^.^)

Da seminggu aku tak update blog aku . Tapi hari nii tiba tiba aku ade mood nak kemaskan blog aku sebab terpandang blog si semek kiut miut nii
==> http://storybudaxganu.blogspot.com . Alang alang terbaca link dia nii , korang follow laa skali k (cehh..siap de promotion g nehh)



Chinese new year tahun nii aku rasa hepy sangat sebab cousin aku ada balik . So , takk laa bosan sangat aku duk kat rumah . 
Hari pertama dieorang sampai kecoh satu rumah , bunyi bising budak menangis , berebut tv , cari nasi (:o cari nasi ?) and macam macam lagi laa . Meriah sungguh . Tu baru satu family belum lagi 2 , 3 family yang balik . HUhu . 

Hari kedua pulakk , takk buat ape ape . 
Just duk rumah and layan 3 movie nii kat Astro First 



|
v


|
v



Yang lawaknya , bile one of my cousin nii , dalam umur 8 or 9 tahun cam tu duk senyum senyum bile tengok Ombak Rindu bile part yang ehemm..ehemm.. Haishh , kecik kecik da paham benda macam gitu . 

Then , hari ketiga pulakk kiteorang pegi Terengganu . Destinasi pertama mestilah Pasar Payang .



Serunding

|
v

Songket

|
v

Sutera

|
v

Kraftangan

Biasanya , kalau datang sini takk sah kalau tak tengok and takk beli benda benda nii . Best sangat sangat . Walaupun terpaksa bersesak sesak . 

Lepas tu , kiteorang pegi dekat Mydin Mall . Ramai jugak orang . 



Kat sini kiteorang just cuci mata je . Tengok baju , barang dapur , kasut , beg and banyak benda lagi laa . Best jugakk . Sebelum balik cousin aku berinai kat tangan . Kalau kanak kanak RM 3 , dewasa pulak RM 7 . Mahal jugakk kann . Tapi kalau buat sendiri memang takk jadi laa . 

Nii yang dewasa

Yang kanak kanak

Tengah berinai , tiba tiba bunyi gendang . Pusing belakang , full of dekat depan pintu . Aku ngan cousin ape lagi berlari laa nakk tengok benda yang berlaku . Laa , rupa rupanya ada pertunjukkan naga . Enjoy kejap tengok benda tuu . Then , tengok sebelah , cousin aku daa hilang . Da cuak da . Cari punya cari , rupa rupanya dia da kat depan . Kutip buah limau . HAha . Lucu betol . Dia punyer adik da nangis da , takot tengok naga tu . Konon naga tu nak makan dia . HAha .


Semua da boring , letih . Ambik keputusan balik rumah . Dalam perjalanan balik singgah makan jap kat tepi pantai Kelulut , Marang . Sejuk . 



Ikan sweet sour 


Tom Yam Goong dari mek Siam woo !


Minum pulakk fresh apple .
Memang ngam r .

Tapi cara penyediaan kedai tu salah . Lauk sampai dulu , dalam 5 or 8 minit cam tu baru nasi sampai . Tu pun kiteorang mintak . Da nakk dekat separuh kiteorang telan nasi , baru air sampai . Lembab ! Tapi nasib baik rasa dia best . 

Lepas makan pegi solat jap kat surau situ . Surau satu hal lagi . Kotor . Tu kann tempat kita beribadat . Orang sekeliling kena laa jaga . Tandas , boleh pulak dia jaga . 
Dalam pukul 10 p.m cam tu baru kiteorang balik . Hapy Time !





























21.1.12 - Petua I

Hi , Assalamualaikum to all readers !
Okey , hari nii aku nakk bagi sikit petua kecantikan untuk tatapan korang . 


So lihat bawah |
               v


*Petua Pertama |
               v
Pastikan Leher Bersih  

Leher merupakan antara bahagian tubuh yang kurang mendapat perhatian sedangkan ada masanya timbul masalah daki , kehitaman mahu pun warna tidak sekata . Bagi yang bermasalah , cubalah petua nii .

Sediakan bahan - bahan iaitu :-
3 sudu besar tepung gandum ,
3 sudu besar oat yang dikisar halus bersama setengah cawan tairu masam .
* untuk pengetahuan , tairu masam merupakan ejen pencerahan semula jadi . 


Setelah digaul rata kesemua bahan itu tadi , sapukannya pada leher seperti masker dan biarkan selama 15 minit . Akhir sekali , bilas dengan air bersih .
Petua nii digalakkan diamalkan sebanyak sekali dalam dua minggu secara konsisten .
InsyaAllah , berhasil :)






*Petua Kedua |
             v



Meluruskan Rambut Kerinting 

Bagi wanita berambut kerinting , adakala terdetik juga hati ingin merasai memiliki rambut lurus . Untuk itu , petua nii mungkin dapat membantu merealisasikan impian tu . 
Pertama sekali , parut sebiji kelapa tua dan dapatkan santannya . Setelah itu , campurkan pula perahan air limau nipis dan terus disimpan ke dalam peti sejuk . Sapukan pada keseluruhan rambut dan biarkan seketika sebelum membilasnya dengan air bersih . 
Apa kata korang amalkan petua nii sekurang kurangnya selama seminggu bagi mendapatkan hasil yang diingini . Selamat mencuba !





*Petua Ketiga |
              v


Melambatkan Kedutan Waja

Setiap wanita tidak terlepas daripada berhadapan dengan masalah kulit berkedut . Tiada salahnya jika kita cuba melambatkannya kerana mustahil wajah berkedut boleh diatasi begitu je .
Mulakan dengan menyediakan sebiji kuning telur , satu sudu kecil minyak zaitun dan beberapa titis limau nipis . Gaulkan hingga sebati dan terus sapukan ke bahagian wajah . Biarkan selama 20 minit dan setelah itu bilas dengan air suam . 
Sekali dalam seminggu sudah memadai untuk melakukan petua nii . Hasilnya kulit akan tampak lebih muda dan berseri seri seperti sebelumnya .







*Petua Keempat |
               v

Mengekalkan Kecantikan Rambut 

Jika berkelapangan , petua nii mungkin boleh dicuba .
Langkah pertama , sediakan 2 sudu besar susu tepung ke dalam satu bekas . Tambahkan pula air suam dan perahkan air limau nipis . Kacau sehingga sebati dan setelah tu simpankannya ke dalam peti sejuk selama 6 jam . Hasilnya bancuhan tu akan jadi pekat dan mudah untuk dilumurkan ke rambut . Biarkan selama 1 jam dan selepas tu bilas sehingga bersih . 
Andai selalu diamalkan , rambut akan mudah diurus sekali gus lebih lembut .


Macam Taylor Swift nii . Cantikkan rambut dia :)
Selamat Mencuba !








               

2.1.12 - AZAM

Di mulakan dengan bismillah dan assalamualaikum to all readers .
Di tahun baru ini mulakan kehidupan dengan senyuman yang manis seperti lolipop untuk menjalankan kerja harian dengan lebih tenang dan bersemangat . 




69% manusia didunia pasti sudah merancang azam bagi tahun 2012 . Ye ke ? urmmm..ye laa kot  (^.^)
Tapi aku daa intai beberapa blog and laman sosial paling famous , facebook .
Kerja keras , kahwin , study hard dan macam macam lagi laa azam yang telah dirancang oleh mereka ini . 
Bila da list azam tu jangan lupa pulak nak laksanakan ye . Jangan sekadar menulis je . 
So , tahun 2012 ni tak banyak sangat azam aku . Sebabnya azam yang tahun 2011 pon belum terlaksana . HUhu  (^.^)
urmm..sampai sini je kot entri aku kali nii . 

Sebelum tu , aku ada sajikan satu video dari you tube nii . Hope readers enjoy k :) chill  (>.<) !