27.1.12 - Cigarettes


Hi , Assalamualaikum semua !


Okeyy ! aku mengaku yang si Fazura ni lawa . HEhe . peace (V)
Forget about this ! Then , bace bawah 

|
v


Rokok ? Apa itu rokok ?
Okey ! Let me tell the true meaning of cigarettes
Rokok adalah tembakau yang dibalut dengan menggunakan kertas mahupun daripada pelbagai jenis daun . Berukuran antara 70mm hingga 120mm dengan diameternya 10mm (ukuran di setiap negara berbeza beza) .
Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan hangat membara supaya asapnya dapat disedut melalui mulut pada hujungnya .

Kesan merokok dari segi kesihatan , alam sekitar , sosial dan ekonomi 

Kesihatan
Ade dua kesan buruk merokok terhadap kesihatan iaitu kesan jangka panjang dan jangka pendek .
Asap rokok yang disedut oleh perokok tak pun orang sekelilingnya , akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong dan terus ke paru paru . Hal ni boleh menyebabkan kerosakan tisu . Selain tu boleh menyebabkan daya pendengaran dan penglihatan terganggu kerana telah mengurangkan kadar pengaliran darah dalam tubuh badan tu . Perokok jugak mempunyai nafas yang berbau dan gigi menjadi kuning . Penghisap rokok tegar mudah menghidap penyakit yang kronik seperti jangkitan pada paru paru , jantung , strok dan sebagainya .

Sosial 
Pertubuhan Kesihatan Sedunia berpendapat yang merokok ni menyebabkan kita menjadi ketagih . Merokok jugak secara tak langsungnya menyebabkan someone tu terlibat dengan najis dadah . Kaji selidik yang dilakukan oleh Global Youth Survey mendapati 20% daripada pelajar 13 years hingga 18 years old adalah perokok , manakala remaja bawah 18 tahun yang merokok jugak meningkat sehingga 20% . (giler arh !)
Diusia remaja ni la merupakan satu fasa bagi remaja ni nak cari identiti tersendiri . Sebab tu mereka mudah sangat terpengaruh dengan benda benda yang tak de faedah ni mainly daripada rakan rakan . Selain tu , bukan sebab rakan je , ibu bapa jugak salah satu puncanya . Ibu bapa yang merokok jugak akan lebih menggalakkan anak anak untuk cuba rokok . Anak anak akan mudah terikut dengan apa yang dilakukan oleh ibu bapa dieorang tu sendiri . 

Alam Sekitar
Asap rokok ni jugak boleh menyebabkan udara menjadi kotor ye ! So , bukan hanya perokok yang dapat keburukan tapi orang sekeliling pun turut rasa sukar nak dapatkan udara yang bersih lagi segar .  Selain tu , puntung rokok yang dibuang merata rata jugak boleh mencemarkan alam sekitar seperti mengakibatkan longkang tersumbat seterusnya boleh menyebabkan pembiakan nyamuk aedes . Lagi mudah laa kita dapat demam denggi .  Selain tu , rokok jugak menyumbang sebanyak 25% kepada kes kebakaran . Contohnya , perokok ni buang puntung rokok yang hangat membara tu merata rata tempat . Kebakaran menyebabkan kandungan karbon dioksida meningkat dan penghuni kat bumi ni akan merasai kekurangan oksigen untuk bernafas . Selain tu , boleh menyebabkan suhu bumi meningkat .

Ekonomi
Merokok boleh membawa kearah pembaziran . Wang yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan telah di salah gunakan . Sepatutnya duit tu perlu dilaburkan kepada perkara yang lebih bermanfaat seperti pelajaran , makanan , membaik taraf hidup dan lain lain . Dengan ini , dapatlah kita lihat bahawa merokok merupakan satu pembaziran harta (baca ikut nada PM Najib kita . HEhe :D ) . Merokok jugak boleh menyebabkan someone tu mudah hilang fokus . Nak nak bagi mereka yang ketagih . Secara tak langsung jugak , akan menyebabkan produktiviti sesebuah syarikat serta boleh melemahkan taraf ekonomi negara .


Lawak tapi mendalam maksudnya 
p/s : berhentilah merokok 
|
V



2 comments:

  1. haha... tak terasa kat hatini bila tengok iklan tu

    thanks sbb follow

    ReplyDelete