21.1.12 - Petua I

Hi , Assalamualaikum to all readers !
Okey , hari nii aku nakk bagi sikit petua kecantikan untuk tatapan korang . 


So lihat bawah |
               v


*Petua Pertama |
               v
Pastikan Leher Bersih  

Leher merupakan antara bahagian tubuh yang kurang mendapat perhatian sedangkan ada masanya timbul masalah daki , kehitaman mahu pun warna tidak sekata . Bagi yang bermasalah , cubalah petua nii .

Sediakan bahan - bahan iaitu :-
3 sudu besar tepung gandum ,
3 sudu besar oat yang dikisar halus bersama setengah cawan tairu masam .
* untuk pengetahuan , tairu masam merupakan ejen pencerahan semula jadi . 


Setelah digaul rata kesemua bahan itu tadi , sapukannya pada leher seperti masker dan biarkan selama 15 minit . Akhir sekali , bilas dengan air bersih .
Petua nii digalakkan diamalkan sebanyak sekali dalam dua minggu secara konsisten .
InsyaAllah , berhasil :)






*Petua Kedua |
             v



Meluruskan Rambut Kerinting 

Bagi wanita berambut kerinting , adakala terdetik juga hati ingin merasai memiliki rambut lurus . Untuk itu , petua nii mungkin dapat membantu merealisasikan impian tu . 
Pertama sekali , parut sebiji kelapa tua dan dapatkan santannya . Setelah itu , campurkan pula perahan air limau nipis dan terus disimpan ke dalam peti sejuk . Sapukan pada keseluruhan rambut dan biarkan seketika sebelum membilasnya dengan air bersih . 
Apa kata korang amalkan petua nii sekurang kurangnya selama seminggu bagi mendapatkan hasil yang diingini . Selamat mencuba !





*Petua Ketiga |
              v


Melambatkan Kedutan Waja

Setiap wanita tidak terlepas daripada berhadapan dengan masalah kulit berkedut . Tiada salahnya jika kita cuba melambatkannya kerana mustahil wajah berkedut boleh diatasi begitu je .
Mulakan dengan menyediakan sebiji kuning telur , satu sudu kecil minyak zaitun dan beberapa titis limau nipis . Gaulkan hingga sebati dan terus sapukan ke bahagian wajah . Biarkan selama 20 minit dan setelah itu bilas dengan air suam . 
Sekali dalam seminggu sudah memadai untuk melakukan petua nii . Hasilnya kulit akan tampak lebih muda dan berseri seri seperti sebelumnya .







*Petua Keempat |
               v

Mengekalkan Kecantikan Rambut 

Jika berkelapangan , petua nii mungkin boleh dicuba .
Langkah pertama , sediakan 2 sudu besar susu tepung ke dalam satu bekas . Tambahkan pula air suam dan perahkan air limau nipis . Kacau sehingga sebati dan setelah tu simpankannya ke dalam peti sejuk selama 6 jam . Hasilnya bancuhan tu akan jadi pekat dan mudah untuk dilumurkan ke rambut . Biarkan selama 1 jam dan selepas tu bilas sehingga bersih . 
Andai selalu diamalkan , rambut akan mudah diurus sekali gus lebih lembut .


Macam Taylor Swift nii . Cantikkan rambut dia :)
Selamat Mencuba !








               

4 comments:

  1. HAHA . songlap jap !
    majalah wanita .

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. yup . da cuba petua ketiga :)
      kulit rasa tegang . x pyh pkai botox bagai . kui3 .

      Delete