21.2.13 - I Love You, Stupid !

Assalamualaikum semua. Firstly, thanks kat kawan aku sebab sudi lepak sini. Semalam kau ade tanya perlu ke post aku ni tulis guna loghat luar? Kenape tak guna loghat terengganu je? So, macam ni mekk.. Blog ni tak semestinya orang terengganu je yang baca, mungkin dari negeri negeri lain ade jugak kan. So, kalau aku guna loghat terengganu, orang lain paham ke. Mungkin 20% je yang paham. Aku rasa laa :D Kesimpulannya; Citer sini, habis sini okey! Hehe..

Main post aku sebenarnya bukan yang atas ni. Tu pesanan penaja je. Hehe..
Benda yang aku nak kongsi hari ni pasal novel sebenarnya. Bukan pasal loghat atau sebagainya. Novel ape?Novel ni haa,,,



Tajuk : I LOVE YOU, STUPID ! "Cukuplah Allah ada dan dia sentiasa ada untuk aku"
Pengarang : MELUR JELITA
Tahun Cetak : 2012 
Bil. Bab : 109
Bil. m/s : 1389 (giler tebal!)
Genre : Romantik komedi, Islamik. (bagi aku)

So, ape yang bestnya novel ni? Banyak, banyak, dan banyak sebenarnya. Nak tahu pasal ape? Cinta? Kasih sayang? Remaja? Islam? Semua ade. Antara rajin dengan tak je nak baca novel ni. Sepanjang pembacaan aku, memang banyak pengetahuan pasal islam yang aku tak berapa tahu dan tak nak ambik kisah sangat selama ni, terkandung dalam novel ni. Bagi aku novel ni lain dari novel novel yang aku baca sebelum ni. Pengisian dia memang berguna dan bernas. Cara penulisan dia pun kemas, teratur, ayat yang penuh gramatis, serta lucu dan tak rugi kalau kita beli mahal mahal. Satu lagi novel ni lebih tebal dari kamus tau. Percayalah!

Novel ni berkisahkan tentang seorang gadis (Iris Nur) yang ingin mencari jawapan kepada rasa sepi dan tak berpunya yang sering bertandang dalam hati dia. So, satu hari ni boyfriend dia (Dr.Aidan) ajak pergi kemboja untuk selesaikan satu misi bantuan kemanusian kat sana. Dia pun setuju je la tapi atas sebab sebab tertentu jugak sebenarnya. Sampai sana, dia terpaksa tinggal dengan keluarga bodyguard dia (Firman Ebrahim) yang juga ada kaitan dengan zaman nakal dia dulu dulu. Selama beberapa bulan tu, macam macam kisah yang berlaku kat dia dan semua yang berlaku kat sana tu mematangkan dia tentang kehidupan, agama serta cinta. Ringkasnya, banyak konflik yang berlaku selepas tu dan dia juga harus membuat pilihan dalam soal hati dia. Orang kata walau banyak mana pun tangan yang menghalang, kalau dah jodoh tak kemana jugak dan akhirnya dia bersama..... jeng jeng jenggg !! Nak tau kisah dia, kena la beli. Hehe.

Dr.Aidan
Lee Jong Hyun as Dr.Aidan

Hanis Zalikha
Hanis Zalikha as Iris Nur

Ananda Everingham as Firman Ebrahim
                                                                 
Dan untuk pengetahuan semua, novel ni akan di filemkan. Yang atas tu para pelakonnya. 
Tak de lah. Aku tipu je. Suka hati aku je kann. Hehe. Tapi, kalau di filemkan atau di dramakan aku rasa mesti meletops jugak macam adam&hawa

16.2.13 - Photo Parody



WoW FANTASTIC BABY!

Assalamualaikum. Lama tak luah sini. Cun tak aweks kat atas nun? HAHAHA. Comel kann. 8Februari lebih kurang 10 a.m bergolek golek menahan gelak yang tak berpenghujung (hiperbola) disebabkan mata tertatap gambar ni. HAHAHA. 
BIGBANG memang awesome! GD paling sopan, Taeyang paling lawa, Daesung paling comel, Seung Ri cool dan T.O.P?! HAHAHA. Paling angkuh kot. Siapa lah yang buat ni. Sempurna je nampak kann. 

Then, aku chat dengan owner http://kiminchibokki.blogspot.com (Cik Ziee) pasal gambar ni. Tibe tibe terfikir nak suruh dia buat ahli Runningman yang paling hot; yooruce, HAHA dan paling sasa kookie. Memang lucu habis kots. Keluar air mata aku duk gelak kat diaorang. 


Kookie paling ayu. HAHA manis sangat . Yooruce?! sakai giler :D
INI SEMUA PoYo !


^
|
|
tukang ngedit
cik.ziee (add ler)