17.3.13 - STPM + Love Rain

Assalamualaikum. Esok, Isnin bersamaan 18Mac2013, result STPM keluar. Berdebar giler weh ! Jantung aku nih rase dah macam duk kat luar dah. Kalau boleh tak nak pegi ambik result tu. Takot nak terima kenyataan ! (propa lebih) hikhikhik... Tak boleh nak cakap panjang panjang. Makin di cakap makin berdegap degup jantung ni haa...

Tapi lagu ni boleh buat jantung aku tenang sikit.

Lagu ape tu awak ? Lagu LOVE RAIN. hehehe... Sape nyanyi awak ? Jang Geun Suk.
Korean lagi ? Dah nak buat macam mana awak, selera saya macam ni. hikhikhik

Yang pasti, bagi aku lagu die best. Tenang je bile aku layan :) So, korang layan je la ek.




On a rainy evening, I saw her

I saw her, whom I’ve been waiting for since long ago
I told her, who was without an umbrella

Come under my umbrella

Drizzle drizzle, the sound of the rain

Rub dub rub dub, my trembling heart
Drizzle drizzle, rub dub rub dub
The sound on the umbrella, the sound of the rain, the sound of my heart
Love rain is falling

The two of us walked the rainy streets

Under the small umbrella, my shoulder got wet
She shyly told me

Come a little bit closer
Softly, our shoulders touch


Rub dub rub dub, my trembling heart
Softly softly, rub dub rub dub
The two shoulders underneath the umbrella, the shy shoulders
Love rain is falling
I have fallen in love
Drizzle drizzle, the sound of the rain

Rub dub rub dub, my trembling heart
Drizzle drizzle, rub dub rub dub
The sound on the umbrella, the sound of the rain, the sound of my heart
Love rain is falling
I love rain I love you

6.3.13 - Za'im Helmi Zaini

Assalamualaikum semua. Harap sihat semua :)
Kisahnya hari ini nak dikhabarkan pada korang pasal pengacara Malaysia Hari Ini (MHI), Za'im Helmi. Siapa dia ni? Za'im Helmi ni dulu merupakan Finalis Top Host 2010. Aku pon baru tahu tadi. Nak dijadikan cerita, pagi tadi sebelum pegi kelas aku bukak la tv3 ni. Lepas tu macam biasa la, nampak la muka Elly ngan Fedtri. Masa tu dieorang tengah temu ramah satu group mak yong ni. Then, tiba tiba Elly ade petik nama Nurul Syuhada dan terus aku teringat dekat si Za'im ni. Ye la, biasanye Za'im akan jadi partner Nurul Syuhada ketika mengacara. Tapi pagi tadi aku tak sempat tengok Za'im. Terkilan. (gedik)

Aku tak tau apa yang best sangat pasal Za'im ni. Tapi bagi aku dia ni bila mengacara tu memang nampak bersemangat dan kata kata dia bernas bernas je. Perwatakaan dia pon agak menarik jugak.  Ala ala Fedtri skit. Tapi Fedtri bila mengacara ayat mesti nak gramatis kan tapi dia ni biasa biasa je. Kalau nak bandingkan dia ngan Fedtri memang tak la. Fedtri orang lama kan jadi mesti la lagi matang dalam pengacaraan ni. Tapi kalau nak bandingkan si Za'im ni dengan wartawan penyiaran yang lain, maksud aku yang baru nak naik tu memang jauh berbeza kot. Yang lain tu bagi aku, bila mengacara tu banyak nak mengarut je. Cakap pon macam bajet bagus je. he he he. Tapi tak semua la macam tu ada jugak yang okey.

So, that's it for today...

Za'im and his partner, Nurul Syuhada

"MENGEJAR IMPIAN TIADA PENGHUJUNYA,
USAHA, KEGIGIHAN, KETABAHAN DAN KOMITMEN,
BERMULA DI SINI, SEKARANG" - Za'im Helmi Zaini


 



4.3.13 - I Miss You


Assalamualaikum semua. Nak tanya ni, korang ade tengok tak korean drama "I Miss You" dekat tv9? Ade tak? Kalau tak ade jom la tengok. Drama dia boleh tahan la jugak bagi aku. Sepanjang aku tengok, sedih je memanjang. Nak cite panjang panjang pon tak boleh jugak, sebab aku banyak skip episod. Kalau nak stay je depan tv tu memang tak la, sebab banyak keje aku kena buat. Tapi, setiap episod yang aku tertinggal tu aku tengok balik kat tonton or maaduu ni. Aku rasa, baik tengok sini dari tengok kat tv. Sebabnye, kalau tengok kat tv tak boleh pause and tak boleh undur balik kan. So, baik tengok kat tonton or maaduu je. 

Sinopsis kecilnye macam ni, berkisahkan tentang Lee Soo-Yeon (Yoo-Eun Hye, Kim So-Hyun[muda]) dan Han Jung-Woo (Park Yoo-Chun,Yeo Jin Goo[muda]) yang tidak boleh melupakan cinta pertama mereka sehingga mereka dewasa. Mereka terpisah kerana satu peristiwa hitam yang tidak dapat dilupakan dan semua angkara tu berkait rapat dengan keluarga Han Jung-Woo dan Harry (Yoo Seung-Ho). Sehinggalah dewasa, mereka bertiga berjumpa balik. Soo-Yeon cuba menyimpan dendam, namun akhirnya dia jatuh cinta balik dengan Jung-Woo. Harry pulak, dalam diam jatuh cinta dengan Soo-Yeon. 

So, korang tengok sendiri la ek. Tak tahu nak cite panjang panjang. Sebab aku pon tak paham sangat kisah dia setakat ni. Hehehe.

Paling penting, OST drama ni memang sedap+sedih dan baru aku tau, Park Yoo-Chun ni rupa rupanye salah seorang ahli JYJ. Kalau aku tak tengok cite ni memang aku tak kan tau la dia ni sape.

JYJ (Park Yoo-Chun [kanan])
Kim So-Hyun, Yeo Jin-Goo
(Lee Soo-Yeon[muda], Han Jung-Woo[muda])
Yoo Seung-Ho,  Yoo Eun-Hye, Park Yoo-Chun
[Harry,  Soo-Yeon, Jung-Woo]















 

3.3.13 - STPM !

Assalamualaikum semua. Tinggal beberapa minggu lagi result stpm nak keluar dan aku mula tak duduk diam macam bertih jagung di goreng. Hahaha..Aku selalu melebih lebih kan. Errmmm..risau betul ngan pointer aku. Agak agak berapa laa aku dapat kan. Aku nak target 4flat tu memang tak laa . Tapi hope sangat pointer aku 3.0 ke atas. Sesungguhnya penantian itu satu penyiksaan. Aku menaruh harapan pada paper seni  dan sejarah aku. Harap sangat sekurang kurangnya A-. Sebenarnya stpm ni tak susah mana ponnn. Cuma aku je yang malas. Siapa rajin membaca memang senang duduk. Bagi aku, persaingan tu penting dalam stpm ni. So, doa doa laa untuk aku ye.

p/s; doakan Malaysia supaya aman selalu, terutamanya Lahad Datu, Sabah.