4.3.13 - I Miss You


Assalamualaikum semua. Nak tanya ni, korang ade tengok tak korean drama "I Miss You" dekat tv9? Ade tak? Kalau tak ade jom la tengok. Drama dia boleh tahan la jugak bagi aku. Sepanjang aku tengok, sedih je memanjang. Nak cite panjang panjang pon tak boleh jugak, sebab aku banyak skip episod. Kalau nak stay je depan tv tu memang tak la, sebab banyak keje aku kena buat. Tapi, setiap episod yang aku tertinggal tu aku tengok balik kat tonton or maaduu ni. Aku rasa, baik tengok sini dari tengok kat tv. Sebabnye, kalau tengok kat tv tak boleh pause and tak boleh undur balik kan. So, baik tengok kat tonton or maaduu je. 

Sinopsis kecilnye macam ni, berkisahkan tentang Lee Soo-Yeon (Yoo-Eun Hye, Kim So-Hyun[muda]) dan Han Jung-Woo (Park Yoo-Chun,Yeo Jin Goo[muda]) yang tidak boleh melupakan cinta pertama mereka sehingga mereka dewasa. Mereka terpisah kerana satu peristiwa hitam yang tidak dapat dilupakan dan semua angkara tu berkait rapat dengan keluarga Han Jung-Woo dan Harry (Yoo Seung-Ho). Sehinggalah dewasa, mereka bertiga berjumpa balik. Soo-Yeon cuba menyimpan dendam, namun akhirnya dia jatuh cinta balik dengan Jung-Woo. Harry pulak, dalam diam jatuh cinta dengan Soo-Yeon. 

So, korang tengok sendiri la ek. Tak tahu nak cite panjang panjang. Sebab aku pon tak paham sangat kisah dia setakat ni. Hehehe.

Paling penting, OST drama ni memang sedap+sedih dan baru aku tau, Park Yoo-Chun ni rupa rupanye salah seorang ahli JYJ. Kalau aku tak tengok cite ni memang aku tak kan tau la dia ni sape.

JYJ (Park Yoo-Chun [kanan])
Kim So-Hyun, Yeo Jin-Goo
(Lee Soo-Yeon[muda], Han Jung-Woo[muda])
Yoo Seung-Ho,  Yoo Eun-Hye, Park Yoo-Chun
[Harry,  Soo-Yeon, Jung-Woo]















 

4 comments: