6.3.13 - Za'im Helmi Zaini

Assalamualaikum semua. Harap sihat semua :)
Kisahnya hari ini nak dikhabarkan pada korang pasal pengacara Malaysia Hari Ini (MHI), Za'im Helmi. Siapa dia ni? Za'im Helmi ni dulu merupakan Finalis Top Host 2010. Aku pon baru tahu tadi. Nak dijadikan cerita, pagi tadi sebelum pegi kelas aku bukak la tv3 ni. Lepas tu macam biasa la, nampak la muka Elly ngan Fedtri. Masa tu dieorang tengah temu ramah satu group mak yong ni. Then, tiba tiba Elly ade petik nama Nurul Syuhada dan terus aku teringat dekat si Za'im ni. Ye la, biasanye Za'im akan jadi partner Nurul Syuhada ketika mengacara. Tapi pagi tadi aku tak sempat tengok Za'im. Terkilan. (gedik)

Aku tak tau apa yang best sangat pasal Za'im ni. Tapi bagi aku dia ni bila mengacara tu memang nampak bersemangat dan kata kata dia bernas bernas je. Perwatakaan dia pon agak menarik jugak.  Ala ala Fedtri skit. Tapi Fedtri bila mengacara ayat mesti nak gramatis kan tapi dia ni biasa biasa je. Kalau nak bandingkan dia ngan Fedtri memang tak la. Fedtri orang lama kan jadi mesti la lagi matang dalam pengacaraan ni. Tapi kalau nak bandingkan si Za'im ni dengan wartawan penyiaran yang lain, maksud aku yang baru nak naik tu memang jauh berbeza kot. Yang lain tu bagi aku, bila mengacara tu banyak nak mengarut je. Cakap pon macam bajet bagus je. he he he. Tapi tak semua la macam tu ada jugak yang okey.

So, that's it for today...

Za'im and his partner, Nurul Syuhada

"MENGEJAR IMPIAN TIADA PENGHUJUNYA,
USAHA, KEGIGIHAN, KETABAHAN DAN KOMITMEN,
BERMULA DI SINI, SEKARANG" - Za'im Helmi Zaini


 



5 comments: