21.4.13 - Lirik Lagu Sampaikan Rinduku


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Salam selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. insan pilihan sebagai kekasih Allah. Semoga di rahmati Baginda dan ahli keluarga serta sahabat Baginda.

Dah lama rasanya aku tak update blog dan ini merupakan post yang PERTAMA dalam bulan April. Tak banyak benda yang nak di sampaikan kat dan post kali ni  ringkas ringkas aje sebab aku nak post lirik lagu je. 

'SAMPAIKAN RINDUKU' ost Bunga Merah Punya. Bunga Merah Punya ni bukan telemovie atau filem tapi drama yang disiarkan di TV9 pada jam tak tau tapi yang pastinya malam dan di lakonkan oleh Izzue Islam yang digandingkan bersama Sharifah Sakinah. Aku rasa drama ni best kot. Sebab bawah SUHAN Production milik Rosyam Nor. Biasanya dari drama drama yang lampau, kalau bawah penerbitan SUHAN Production ni kebanyakannya best best contohnya Cinta Elisya, Setia Hujung Nyawa, Mimpi Cinderella dan sewaktu dengannya. Aku tak berkesempatan lagi nak tengok disebabkan atas sebab musabab yang tertentu. Rasanya soundtrack dia sume best best kot tapi lagu ni paling sedap untuk halwa telinga aku.  Ringan dan mudah.
Layannn...

Oh bulan sampaikan rinduku
Oh bintang kirimkan cintaku
Yang hilang mungkinkah bersatu
Oh sayang di dalam mimpiku

Oh bulan sampaikan rinduku
Oh bintang kirimkan cintaku
Yang hilang mungkinkah bersatu
Oh sayang di mana dirimu

Malam ini aku sendiri
Menanti dan terus menanti

Malam ini aku sendiri lagi
Menanti dan terus menanti

Usah di tangis lagi
Usah di rindu lagi
Pasti kita bertemu nanti

Usah di tangis lagi
Usah di rindu lagi
Pasti kita bertemu pasti

Pejamkan matamu kasih 

Vocal by : Izzue Islam ft. Sharifah Sakinah 
Soundtrack : Bunga Merah Punya





No comments:

Post a Comment